Ferrari 296 GTB ialah jelmaan Dino versi moden, PHEV berkuasa 818hp

1849

Ferrari mengembalikan model enam-silinder mereka setelah siri ini lama menyepi. Ia kini bukan dinamakan Dino, sebaliknya 296 GTB.

Nama ini bermaksud sesaran enjinnya iaitu 2.9-liter dan jumlah silinder padanya, manakala GTB mewakili Gran Turismo Berlinetta. Tetapi ia sebenarnya bersesaran 2,992cc (3.0-liter).



Mungkin Ferrari baharu dengan jumlah silinder kurang dari apa yang ada pada F8 Tributo (lapan-silinder) kedengaran seperti downgrade, tapi anda harus tahu 296 GTB ini mendapat sistem plug-in hybrid (PHEV).

Enjinnya sahaja menghasilkan 654hp dan dengan bantuan motor elektrik, supercar terbaharu dari Maranello ini mempunyai output keseluruhan 818hp dan 740Nm.

Pecutan 0 ke 100km/j boleh dicapai dalam 2.9 saat menyamai F8 Tributo, dan 200km/j lebih pantas dari model V8 itu iaitu hanya dalam 7.3 saat. Kelajuan maksima pula ialah 330km/j.

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi automatik 8-kelajuan, unit dwi-klac yang sama digunakan pada SF90 Stradale/Spider, Roma dan Portofino M.

Ferrari 296 GTB dilengkapi dengan komponen ringan seperti kemasan gentian karbon, cermin belakang Lexan, tayar Michelin Sport Cup 2 R, dan pakej Assetto Fiorano. Terdapat juga livery istimewa yang mengambil inspirasi 250 Le Mans.

Sebagai maklumat tambahan, Ferrari telah menguji 296 GTB ini di litar mereka di Fiorano dan ia mencatat masa pusingan 1 minit 21 saat, iaitu 1.5 saat lebih pantas dari F8 Tributo.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here