Lakukan aksi berbahaya ketika konvoi, geng Y-Suku ditahan polis

2104

Menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Y-Suku secara berbahaya ketika berkonvoi, sekumpulan lelaki ditahan pihak polis di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi Ops Samseng Jalanan.

Mereka difahamkan dari Kuala Lumpur menuju ke Temerloh untuk menikmati hidangan ikan patin.



Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi mereka dikesan kira-kira jam 11.15 pagi ketika sedang melakukan tunggangan dengan laju dan berbahaya seperti zig-zag dan menundukkan badan.

“Aksi sembilan lelaki itu dikesan bermula dari Kilometer (KM)105 sehingga KM115.”

 Y-Suku

“Tidak lama kemudian, semua penunggang motosikal terbabit berhenti di Plaza Tol Temerloh sebelum ditahan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk siasatan.

Katanya, polis turut menyita kesemua motosikal Yamaha Y-Suku milik mereka.

Tegasnya, kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here