Zizan Razak tawar RM45k untuk Yamaha Y15ZR Shuib Sepahtu

5341

Kali pertama Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad memuat naik gambar Yamaha Y15ZR di laman Instagram miliknya ialah pada 23 Mei 2019.

Sebenarnya, kali pertama Shuib terdetik untuk membeli antara motosikal paling popular di Malaysia ini ialah berpunca dari nombor pendaftaran. Sebelum ini dia memiliki sebuah motosikal tetapi sangat jarang digunakan.



Motosikal ini dibeli oleh Shuib kerana nombor pendaftaran yang kini digunakan pada kereta miliknya iaitu SY 4182.

Semuanya bermula apabila seorang pengikutnya di laman Instagram menghantar gambar kepada Shuib bersama dengan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR yang diparkir di sebelah keretanya.

Yamaha Y15ZR shuib

Apa yang menarik, nombor pendaftaran nombor plat motosikal tersebut iaitu SY 4182 berjaya menarik minat Shuib. Kesimpulannya, Yamaha Y15ZR tersebut dibeli oleh Shuib daripada pengikutnya di Instagram.

Namun baru-baru ini, Shuib telah memuat naik satu video di laman Instagram beliau dengan kapsyen “Tak di bawak,jarang di start,, NAK JUAL LAH,ade yg nak beli tak? Bukak harga tgk brp yg berani???”.

Berikutan posting ini, ramai netizen membanjiri komen termasuk pelakon, pelawak dan penyanyi, Zizan Razak. Umum mengetahui bahawa Zizan sudah memiliki motosikal Yamaha Y15ZR, namun dia menawarkan RM45,000 untuk motosikal tersebut.

Yamaha Y15ZR shuib

Patut atau tidak Shuib jual motosikal kesayangannya itu? Apa pendapat anda?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here