Selepas kanak-kanak pandu kereta, polis jejaki penjaga kanak-kanak pandu treler

2164

Selepas satu video yang memaparkan kanak-kanak yang berusia 9 tahun memandu kereta tular di laman sosial, kini tular pula video yang memaparkan seorang kanak-kanak pandu sebuah treler.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, hasil semakan pihaknya mendapati kejadian berkenaan berlaku di Rantau, Seremban.



Kejadian difahamkan berlaku pada 4.41 petang menerusi satu video tular berdurasi 1.18 minit memaparkan seorang kanak-kanak di bawah umur dirakam sedang pandu sebuah treler jenis Hino.

Apa barang setakat bawak kereta..kan

Setakat budak djh 3 bawak keta….Ni lg power…Tanker..selamba di parkingnya

Posted by Motoqar on Monday, September 7, 2020

Kejadian berlaku di kawasan Rantau, Seremban dan satu laporan polis diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak terbabit dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu treler.

“Kita sedang mengesan bapa kepada kanak-kanak terbabit untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya Mohd Said.

Menurutnya, siasatan lanjut termasuk umur kanak-kanak terbabit masih diteruskan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here