Kanak-kanak 9 tahun selamba pandu kereta pusing kampung

2321

Had umur bagi mendapatkan lesen kenderaan di negara kita ialah 16 tahun bagi motosikal dan 17 tahun bagi kereta.

Namun, masih ramai masyarakat mengambil mudah tentang had umur memandu ini dan berani memandu sebelum mencapai had minimum umur memandu.

Kanak-kanak pandu kereta



Baru-baru ini, tular rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak yang masih di bangku sekolah rendah dengan selambanya memandu kereta seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa. Difahamkan, kejadian ini berlaku di Rembau, Negeri Sembilan.

Video berdurasi 0:45 saat yang dimuat naik semula di laman Twitter oleh Mohd Redzuan Abdul Manap menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun berada di dalam sebuah kereta dan sedang duduk di kerusi bahagian pemandu.

Menerusi video pendek yang dirakam, turut memperlihatkan seorang lelaki sedang menyapa kanak-kanak terbabit yang pada ketika itu sedang memberhentikan kenderaan yang dipandunya di tepi jalan.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai umur, kanak-kanak tersebut menjawab dia merupakan pelajar darjah 3 dan bersekolah di Bongek, Rembau, Negeri Sembilan. Namun, tidak lama selepas ‘berbual’, kanak-kanak itu telah memandu meninggalkan kawasan tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak terbabit mendapat kebenaran untuk pandu kereta tersebut ataupun tidak.

Ekoran daripada kejadian itu, Mohd Redzuan turut menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan memantau pergerakan anak-anak. Tindakan seperti ini adalah sangat berbahaya buat kanak-kanak itu dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here