Petronas tawar rangkaian produk PKS tempatan di Kedai Mesra

2627

Anda kini boleh singgah ke Petronas untuk mengisi minyak sambil menyokong industri PKS kita dan menyokong produk tempatan.

Petronas Dagangan Berhad (PDB) meneruskan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dengan melancarkan Kempen Love Local untuk sama-sama mengajak rakyat Malaysia membeli dan menyokong produk tempatan.



Kempen ini dilancarkan sebaga usaha berterusan PDB dan menyahut usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kempen Love Local ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kualiti produk tempatan yang kini sudah setanding dengan jenama antarabangsa.

Di samping itu, kempen ini bertujuan membantu memulihkan dan memperkasakan ekonomi Malaysia yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Salah satu dari inisiatif kempen ini ialah, PDB telah membawakan jenama tempatan terpilih ke cawangan-cawangan kedai Mesra mulai sekarang hingga Februari 2021.

Setakat ini, PDB telah mempunyai lebih 350 vendor tempatan di Kedai Mesra seluruh negara. Vendor-vendor ini menawarkan rangkaian makanan tempatan seperti nasi lemak, kuih-muih, makanan ringan, pastri dan minuman tempatan.

Semasa pelancaran Kempen Love Local di stesen Petronas Jalan Kolam Ayer, Ampang pagi ini, PDB telah menampilkan tujuh peniaga tempatan baharu di bawah program Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Jenama-jenama ini adalah brownies TFN Success Group, Nasi Lemak Saleha, Industri Makanan Bistari, Sri Talamaz, jus The Tapping Tapir, Sambal Rindu, dan Jus Jagung Hebat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here