Tawaran pengurangan hingga 70 peratus, JPJ Selangor kutip RM1.6 juta bayaran saman

1373

Sempena dengan tawaran pengurangan saman sehingga 70 peratus yang bermula sejak 1 hingga 30 Ogos lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerima sambutan orang ramai apabila meraih RM1.6 juta kutipan saman.

JPJ Selangor

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JPJ Selangor, Mohamad Hafiz Usman berkata, sepanjang tempoh itu, seramai 6,356 individu hadir di pejabat agensi terbabit di seluruh negeri ini bagi menikmati pengurangan bayaran saman terbabit.



“Antara bayaran (saman) tertinggi yang kami terima adalah daripada sebuah syarikat pengangkutan sisa pepejal membabitkan jumlah saman lampau kira-kira RM500,000.

“Dalam tempoh itu juga, sebanyak 21,476 notis saman dan saman semula dikeluarkan,” katanya.

Mohamad Hafiz berkata, sambutan menggalakkan diterima daripada orang ramai itu menjadikan JPJ Selangor antara cawangan negeri yang menerima kutipan tertinggi di seluruh negara.

“Memandangkan tawaran itu dilanjutkan sehingga 30 September ini, kami menjangkakan sambutan itu akan terus hangat hingga hujung bulan nanti.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan tunggakan saman mereka dengan segera bagi mengelakkan kesesakan di kaunter apabila melakukan urusan terbabit pada saat akhir,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here