Duduk dalam van jenazah sebagai denda tidak pakai topeng muka

2253

Hukuman terhadap individu yang tidak memakai topeng muka semakin diperketatkan termasuk di Malaysia. Anda boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 jika tidak memakai topeng muka di tempat awam.

van jenazah

Namun di Probolinggo, Jawa Barat, Indonesia, individu yang melakukan kesalahan ini akan didenda untuk berada dalam van jenazah yang digunakan untuk membawa jenazah pesakit Covid-19.



Mana-mana individu yang tidak memakai topeng muka akan segera dimasukkan ke dalam van jenazah yang berisi replika badan pesakit Covid-19.

Ketika berada dalam van jenazah, pegawai kesihatan akan memberikan nasihat dan saranan kepada individu yang terbabit untuk sentiasa memakai topeng muka ketika berada di luar rumah.

van jenazah

Penyelaras Penguatkuasaan Undang-Undang untuk Pasukan Petugas Covid-19 Kabupaten Probolinggo, Ugas Irwanto berkata tindakan ini bertujuan untuk memberikan peringatan dan amaran kepada penduduk untuk terus mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.

“Operasi ini adalah penguatkuasaan disiplin bagi mereka yang mengabaikan pemakaian topeng muka. Usaha memasukkan pesalah ke dalam ambulans dengan replika mayat adalah bentuk nasihat dan peringatan betapa pentingnya memakai topeng muka,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here