Sergio Perez pelumba Formula 1 pertama dijangkiti Covid-19

1493

Formula 1 mencatatkan satu kes positif Covid-19 pertama melibatkan para pelumba sejak musim perlumbaan dibuka semula pada awal bulan Julai. Kes pertama tersebut melibatkan Sergio Perez dari pasukan Racing Point.

Sergio juga akan terlepas siri Grand Prix British yang dijadualkan berlangsung di litar Silverstone, United Kingdom pada 31 Julai hingga 2 Ogos ini.



“Berikutan pengumuman bahawa Sergio telah diuji positif Covid-19 menjelang Grand Prix British, seluruh pasukan mengumumkan bahawa dia tidak akan bersaing pada siri perlumbaan tersebut.” 

“Sergio secara fizikal berada dalam keadaan baik dan tetap bersemangat, namun dia akan terus mengasingkan diri berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan. Semestinya, keselamatan menjadi keutamaan bagi kami dan semua pasukan,” kata Racing Point dalam satu kenyataan.

sergio perez

Formula 1 setakat ini telah merekodkan sebanyak dua kes positif daripada lebih 15,000 ujian saringan yang dilakukan. Semua individu yang terlibat dalam perlumbaan diuji sebelum setiap acara dan setiap lima hari.

Berdasarkan kenyataan dari Formula 1 dan FIA, Sergio telah menjalani kuarantin, sesuai dengan arahan pihak berkuasa kesihatan. Dia juga akan terus mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sergio Perez yang pertama kali bersaing dalam Formula 1 pada tahun 2011, kini berada pada kedudukan ke-6 dari 20 pelumba setelah tiga pusingan perlumbaan berlangsung.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here