McLaren Senna LM milik bekas pelumba Formula 1 terlibat dalam kemalangan

2142

McLaren Senna LM adalah salah sebuah kereta paling rare di dunia, dimana kereta ini hanya dihasilkan sebanyak 20 unit. McLaren Senna LM

Kerana dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit, sudah tentu ianya akan dijaga dengan rapi.

Malangnya, salah satu unit dari kereta ini telah terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Monaco. Difahamkan, kereta tersebut ialah milik bekas pelumba Formula 1 iaitu Adrian Sutil yang pernah mewakili pasukan Spyker F1.



Walaupun ini merupakan kereta miliknya, tidak dapat dipastikan sama ada Sutil yang memandu kereta tersebut atau tidak semasa kejadian.
 
Berdasarkan ruangan dalam kereta tersebut yang masih berada dalam keadaan baik, diharapkan pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan serius.
 
McLaren Senna LM
Walau bagaimanapun, bahagian hadapan McLaren Senna LM ini rosak teruk, dimana cermin hadapan juga turut pecah.
 
Ia difahamkan telah melanggar tiang yang terdapat di tepi jalan raya, dan mungkin dipandu dalam kelajuan yang agak tinggi.
 
McLaren Senna LM dengan warna Papaya Orange ini dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin turbocharged yang mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 800hp. Ianya lebih berkuasa dari Senna standard yang mampu menghasilkan 789hp.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here