Bugatti perkenal Baby II, kereta elektrik dengan gaya klasik

1671

Sempena ulang tahun yang ke-110, Bugatti telah memperkenalkan kereta elektrik mereka iaitu Bugatti Baby II. Kereta ini diilhamkan dari sebuah kereta klasik yang mula diperkenalkan pada tahun 1924 iaitu Bugatti Type 35.

Bugatti Baby II

Ia akan dihasilkan dalam edisi terhad iaitu sebanyak 500 unit. Walapun keseluruhan pengeluaran awalnya habis dijual, Bugatti menyatakan beberapa slot penghasilan kereta elektrik ini telah dibuka semula.



Mula diperkenalkan pada Geneva Motor Show 2019, Bugatti Baby II ditawarkan dalam tiga versi.

Versi asas kereta ini disertakan dengan bateri lithium-ion 1.4-kWh dan rekaan badan komposit. Untuk versi Vitesse, ia disediakan dengan bateri lithium-ion 2.8-kwh, rekaan badan yang disertakan dengan gentian karbon dan powertrain yang telah dinaik taraf.

Untuk versi Pur Sang pula, ia menggunakan powertrain yang sama dengan versi Vitesse, tetapi dilengkapi dengan rekaan badan bahan aluminium buatan tangan.

Sama seperti sebuah Bugatti Chiron, versi Vitesse dan Pur Sang disertakan dengan “Speed Key” yang mampu menghasilkan sehingga 13.4 hp dan memecut dari 0-60km/j dalam masa 6 saat.

Versi asas kereta elektrik ini disediakan dalam dua mod pemanduan iaitu Novice, yang mampu menghasilkan 1.3hp serta kelajuan maksimum pada 19km/j dan Expert yang mampu menghasilkan 5.4hp serta kelajuan maksimum pada 48km/j.

Bugatti Baby II

Semua versi Baby II disertakan dengan sistem limited-slip differential (LSD), brek hidraulik dan tayar dari Michelin. Juga sama seperti Chiron, lencana Bugatti pada kereta ini juga disertakan dengan warna perak. 

Kereta elektrik ini akan mula dijual pada harga USD35,000 (RM148,732) untuk versi asas, USD51,000 (RM216,724) untuk versi Vitesse dan USD69,000 (RM293,215).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here