Khas pada Aidil Adha sahaja, car wash jadi cow wash

1786

Sempena dengan Hari Raya Aidil Adha, seorang pemilik tempat cuci kereta (car wash) di Karachi, Pakistan dibanjiri ramai pelanggan. Ini kerana, mereka menyediakan perkhidmatan mencuci lembu yang akan dikorbankan.

car wash

Pemiliknya iaitu Sheikh Sagheer tidak menyangka memandikan haiwan korban di tempat cuci kereta akan menjadi satu trend baru di bandar Karachi, Pakistan. Tiga hari sebelum menjelang Aidil Adha, tempat cuci kereta lelaki yang berusia 42 tahun ini telah dipenuhi dengan lembu korban.



Penduduk tempatan membawa haiwan korban seperti biri-biri dan kambing untuk dimandikan di tempat cuci kereta milik Sagherr sejak tahun lalu. Berita ini tersebar luas dan menarik para pedagang di pinggir bandar Karachi untuk membawa haiwan korban yang mereka jual seperti lembu dan unta untuk dibersihkan.
 
“Orang yang melihat saya mencuci haiwan korban datang kepada saya dengan membawa haiwan korban mereka sendiri. Itulah permulaaan trend ini,” kata Sagheer.
 
Kos untuk memandikan haiwan korban di tempat cuci kereta milik Sagheer hanya Rp100 (RM5), dimana perkhidmatan ini termasuk rendaman, gosok, cuci dan bilas.
 
“Dalam dunia mengalami pandemik Covid-19, kebersihan adalah penting. Disebabkan itu saya memastikan haiwan dibersihkan dan disanitasi,” katanya.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here