Seorang buta dapat melihat buat kali pertama, terus beli Corvette

1781

Mike Schickerowski sepatutnya tidak berupaya untuk memandu, lebih-lebih lagi mengendalikan kereta berkuasa V8. Dia yang kini berusia 44 tahun dilahirkan dengan keadaan mata yang tidak dapat melihat dan secara automatik, dia tidak dapat memandu.

corvette
Chevrolet Corvette Z06 Coupe 2018

Namun, lelaki yang berasal dari Alberta, Kanada ini dapat melihat semula setelah melakukan pembedahan terhadap matanya. Setelah dapat melihat buat pertama kali, dia telah memilih Corvette sebagai kereta pertamanya.

Menurut Schickerowski, dia dilahirkan dengan nystagmus, satu keadaan yang “melibatkan pergerakan mata secara tidak sengaja.”



“Sekiranya anda pernah mengambil gambar dengan kamera yang tidak berada dalam keadaan stabil, atau sesuatu objek bergerak dan gambar kelihatan kabur, itu adalah gejala sama. Otak saya tidak mampu menafsirkan gambar itu sebagai gambar yang stabil, dan ia selalu kabur,” katanya.

Selama bertahun-tahun, menyembuhkan nystagmus dianggap mustahil. Walau bagaimanapun, Schickerowski menjalani pembedahan eksperimen di sebuah klinik di California, dan prosedur itu membolehkannya melihat dengan jelas untuk pertama kalinya.

Schickerowski juga difahamkan telah membeli sebuah Corvette tanpa menelitinya terlebih dahulu dan sebelum dia menjalani ujian memandunya. Dia lulus ujian memandu pada percubaan pertamanya, pada bulan Julai 2020, dan sejak itu dia boleh memandu keretanya ke mana sahaja.

Chevrolet Corvette Z06 Coupe 2018

Walaupun memandu sebuah Corvette adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Schickerowski berkata perkara terbaik setelah mendapatkan penglihatannya ialah melakukan semua perkara dengan keluarganya.

“Saya tidak pernah dapat melakukannya seorang diri sebelum ini,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here