Seorang ibu di India sanggup ride sejauh 1,800km demi jumpa anak

1155

Perintah lockdown yang dikuatkuasakan oleh kerajaan tempatan disebabkan pandemik Covid-19 telah melumpuhkan banyak sistem pengangkutan awam di India. Hal ini menyebabkan masalah, terutama ibu bapa yang berjauhan dari anak-anak mereka.

ibu ride 1800km

Walau bagaimanapun, seorang ibu yang berusia 26 tahun di India nekad untuk menunggang motosikal jenis Honda Activa sekitar 1,800km demi menemui anaknya yang sedang sakit.



Dia yang dikenali dengan Sonia Das berasal dari Kadma, India telah kehilangan pekerjaannya di Mumbai dan telah pergi ke Pune untuk tinggal bersama rakannya. Walau bagaimanapun, suaminya telah memaklumkan bahawa anak lelaki mereka yang berusia lima tahun mengalami demam denggi.

Ketika itulah dia membuat keputusan untuk pergi menemui anaknya yang berada di Jamshedpur.

ibu ride 1800km

Oleh kerana tiket kapal terbang telalu mahal, Sonia Das dan rakannya, Sabia Bano membuat keputusan untuk menggunakan Honda Activa sebagai pengangkutan mereka untuk ke Jamshedpur.

Mereka telah menempuh jarak sekitar 1,800km dan melalui banyak bandar seperti Mumbai sebelum sampai ke destinasi yang ditetapkan.

Ia juga mengambil masa selama empat hari untuk sampai ke Jamshedpur. Perjalanan mereka bermula pada 20 Julai dan tiba ke destinasi pada 24 Julai petang.

Menurut Sonia, sepanjang perjalanan, mereka telah berhenti di sekitar 10 stesen minyak. Kedua-dua wanita berkenaan mengatakan mereka tidak menghadapi sebarang masalah, dan perjalanan mereka berjalan dengan lancar.

Honda Activa

Honda memperkenalkan Honda Activa di India dengan dua versi. Versi pertama ialah model Activa 6G yang berharga Rs65,419 (RM3,703), dimana model ini dilengkapi dengan enjin 109cc.

Versi kedua ialah model Activa 125 yang berharga Rs68,997 (RM3,906), dimana model ini dilengkapi dengan enjin 124cc.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here