Diskaun 70 peratus ditawarkan bagi bayaran saman JPJ dan SPAD pada bulan kemerdekaan

2270

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran diskaun pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada bulan Ogos ini.

Tawaran ini akan bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini.



Ia akan diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta yang tersebut.

diskaun saman

Diskaun saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here