HLYM lancar Yamaha Y15ZR GP edisi terhad, harga RM8,868 siap dapat sijil dan jam tangan

10176

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha Y15ZR GP edisi terhad sebagai memperingati Pasukan Yamaha MotoGP 2020.

Jentera masih lagi seperti edisi terhad sebelum ini dengan dipadankan dengan corak Monster Energy Yamaha MotoGP tahun ini.



Reka bentuk itu diilhamkan oleh jentera  Yamaha YZR-M1 yang ditunggangi oleh dua pelumba membabitkan Valentino Rossi dan Maverick Vinales dalam MotoGP 2020.

Setiap pembelian Yamaha Y15ZR Edisi GP, pemilik akan menerima Sijil Pemilikan serta set jam tangan koleksi Y15ZR eksklusif.

Rangkaian kuasanya masih lagi sama iaitu menggunakan enjin satu silinder SOHC penyejukan cecair 150cc. Ia menyalurkan 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm. 

Edisi Y15ZR GP akan berada di peniaga sah Yamaha bermula pertengahan Ogos 2020 dan dijual pada harga RM8,868.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here