Tak tahan tabiat suka berlumba motosikal, bapa hantar anak ke balai polis

3179

Seorang bapa menghantar anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran ke balai polis kerana tidak tahan dengan kedegilannya yang gemar berlumba motosikal.

berlumba motosikal

Lelaki berusia 18 tahun itu ditahan bersama empat lagi rakannya yang berusia antara 15 hingga 20 tahun selepas terbabit dalam aksi lumba haram di Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun berdekatan Kampung Banat.



Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, pihaknya ke rumah suspek, kelmarin sejurus kejadian itu namun lelaki berkenaan melarikan diri.

Kelima-lima mereka dikejar anggota polis sehingga ke rumah mereka di Arau dan empat rakannya ditahan.

Suspek difahamkan berjaya lari dari rumah namun hadir ke balai polis kerana dibawa oleh bapanya.

Sewaktu hadir ke balai polis bersama suspek, bapanya mengaku anak lelakinya itu sering terlibat dengan kegiatan berlumba motosikal hingga merunsingkan fikirannya.

Hasil pemeriksaan air kencing kelima-lima mereka didapati negatif daripada pengaruh dadah dan kesemua motosikal yang ditunggang didaftarkan atas nama ahli keluarga mereka.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here