Kajian terperinci diperlukan untuk penggunaan rakaman ‘dashcam’ di mahkamah – Menteri Pengangkutan

1479

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, cadangan penggunaan rakaman kamera perakam video (dashcam) untuk merekodkan kemalangan dilihat baik dan sudah tentu bertujuan untuk mana-mana individu merekodkan sesuatu kemalangan supaya ia boleh dijadikan sebagai bahan bukti dalam sebarang kes.

dashcam

Justeru, beliau berkata, aspek perundangan, spesifikasi teknikal, kesahihannya dan sebagainya perlu dikaji secara terperinci serta menyeluruh.



“Tanpa adanya satu peruntukan perundangan dan peraturan jelas, saya khuatir sebarang perlakuan direkodkan tidak boleh digunakan dalam tuntutan atau prosiding mahkamah atau perundangan kelak.”

“Perkara ini kelak akan menyebabkan orang ramai menyalahkan kerajaan kerana mewajibkan penggunaan satu peralatan tidak boleh digunakan di mahkamah.”

Menteri pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

“Saya tidak menolak pandangan mengatakan ia sebagai beban kepada rakyat khususnya golongan B40 jika ‘dashcam‘ dijadikan sebagai sesuatu yang wajib. ‘Dashcam‘ boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah atau sebagainya.”

“Ia mungkin boleh dijadikan sebagai bahan untuk pendidikan, tetapi ia tidak dianggap sebagai langkah pencegahan daripada sudut keselamatan jalan raya,” katanya.

dashcam

Wee juga berkata, jika semua aspek perundangan dan teknikal disediakan dan diperuntukkan dengan jelas, Kementerian Pengangkutan boleh menguatkuasakan dan mewajibkan penggunaan rakaman kamera perakam video (dashcam) di dalam kenderaan, terutama kenderaan pendaftaran baharu.

Bagaimanapun, beliau berkata, akan ada pertimbangan atau pengecualian pemasangan ‘dashcam‘ terhadap kenderaan sedia ada untuk tidak membebankan rakyat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here