Utama Berita Automotif HWA EVO R: Jentera kegunaan litar tribut kepada 190E Evo II, 15...

HWA EVO R: Jentera kegunaan litar tribut kepada 190E Evo II, 15 unit terhad

1

Bersempena dengan perlumbaan 24 Hours of Nurburgring, HWA memperkenalkan model baharu yang dikenali sebagai EVO R yang direka khusus untuk kegunaan dalam litar lumba. 

Tribut kepada Mercedes-Benz 190E Evo II (1990) itu membawakan reka bentuk sedan klasik yang lebih agresif, terima kasih kepada kit badan lebar gentian karbon. 

Ia turut mempunyai arca roda yang lebar, bonet baharu dengan liang udara serta saluran NACA. 

Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah tingkap polikarbonat, pintu belakang yang boleh ditanggalkan, rim perlumbaan ringan Ronal, sistem ekzos perlumbaan dan sistem jek udara terbina. 

Ruang kabin pula dipasangkan dengan tempat duduk perlumbaan gentian karbon, stereng perlumbaan, panel suis karbon, serta sangkar keselamatan dan sel bahan api yang diluluskan oleh FIA. 

Aspek keselesaan tetap diutamakan, di mana EVO R ini dipasangkan dengan sistem penyaman udara dan tempat duduk penumpang hadapan secara opsyen. 

Pembeli juga boleh mendapatkan pakej lampu 24 jam dan sistem minuman untuk kegunaan dalam perlumbaan endurans. 

HWA EVO R dibina menggunakan casis monocoque yang diperkukuh, dipadankan dengan suspensi perlumbaan boleh laras enam tahap (dibangunkan bersama KW dan H&R) dan sistem brek AP Racing. 

Enjin 3.0 liter bentangan V6 turbo berkembar itu mampu menjana kuasa 552 hp dan 670 Nm dipadankan dengan transmisi sekuential 6-kelajuan, jauh lebih bertenaga berbanding versi jalanan (493 hp/549 Nm). 

Atas kertas, spesifikasinya nampak ganas, namun HWA menegaskan EVO R direka supaya mudah dikendalikan sesuai untuk pemandu dari pelbagai tahap pengalaman. 

Difahamkan, hanya 15 unit sahaja yang akan diproduksikan dan setiap pembeli akan menerima sokongan penuh melalui program pemilikan HWA termasuklah perkhidmatan alat ganti khusus dan jemputan ke acara eksklusif sepanjang tempoh pemilikan. 

Harga jualan untuk HWA EVO R tidak diumumkan, namun untuk model EVO biasa dijual pada harga sekitar €714,000 (RM3.3 juta). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here