Jutawan Jepun bina litar lumba persendirian, rekaan Hermann Tilke

514

Merealisasikan impian ataupun kemahuan bukanlah halangan bagi jutawan. Misalnya jutawan asal Jepun ini yang merealisasikan impian memiliki litar lumba persendirian.

Trek perlumbaan penuh sepanjang 3.5km tersebut direka oleh studio Tilke Engineers & Architects di Jerman, yang tidak asing lagi dengan kursus Formula Satu (F1).



Beberapa litar antarabangsa lain juga  mendapat sentuhan Hermann Tilke misalnya Sepang, Abu Dhabi dan Jeddah. 

Keunikkannya adalah susun atur trek tanpa had kerana tidak perlu mematuhi piawaian untuk menganjurkan acara perlumbaan antarabangsa.

Dibangunkan di atas gunung dengan pemandangan Gunung Fuji dan Teluk Tokyo, projek tersebut merupakan milik Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Magarigawa.

Berikut informasi yang perlu anda tahu tentang litar berkenaan :

  • Trek itu dibina oleh Cornes Tomiura, Cornes & Co. Ltd yang merupakan wakil jualan Ferrari, Rolls Royce, Porsche dan Lamborghini
  • Dinamakan sempena kelab itu sendiri, trek perlumbaan Magarigawa memiliki 22 selekoh dengan laluan lurus 800 meter.
  • Untuk menjadikannya lebih mencabar dan menyeronokkan, pemilik menambah bahagian menuruni bukit (16 peratus) dan trek menanjak (20 peratus).
  • Selain itu, laluan lurus 800 meter dan 700 meter membolehkan pemandu mencapai kelajuan maksimum 280kmj, bersamaan dengan kelajuan yang terdapat di Litar Lumba Fuji di Wilayah Shizuoka.
  • Projek seluas 100 hektar itu melibatkan kos JPY 30 bilion dengan kemudahan kolam infiniti, gim, restoran dan bar, bilik karaoke, mekanik tetap dan lain-lain.
  • Pit litar bersebelahan kelab boleh memuatkan 36 kereta lengkap dengan sistem pendingin hawa manakala garaj pemilik mampu menyimpan sehingga 300 kenderaan.
  • Trek ini secara teknikalnya terbuka kepada orang ramai iaitu ahli kelab dengan kos JPY36 juta dan yuran tahunan JPY220,000 (RM6,888). Dikatakan lebih daripada 200 individu berada dalam senarai menunggu sebelum litar itu rasmi dibuka pada Julai 2023.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here