Misteri Kancil standard pekak di Litar Sepang?..bukan calang-calang anak muda!

7909

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Ini yang boleh diungkapkan tentang kisah pemuda asal Sabah yang tular minggu lalu apabila menggunakan Perodua Kancil standard pekak di Litar Antarabangsa Sepang.

Foto Perodua Kancil yang diapit antara Honda Jazz itu beredar di laman sosial Facebook sehinggakan warga maya tertanya siapakah yang berhati kental tersebut.



Setelah melakukan jejak digital, individu di belakang stereng Kancil generasi pertama itu adalah Muhammad Iqbal Osman, 26. Kami cuba menyapa Iqbal menerusi kotak mesej di Facebook.

Iqbal menyambut mesra sapaan kami namun awal lagi dia sudah memohon maaf sekiranya lewat merespons kerana tuntutan kerja sebagai mekanik nombor satu Formula 3 pasukan Evans GP. 

Setelah berkongsi cerita dengan Motoqar, Iqbal sebenarnya sudah menetapkan halatuju dan misi dari kecil. Dia mengakui sukakan kelajuan sejak kecil bahkan memasang impian  ingin merantau ke Selangor apabila menginjak dewasa. 

NEED FOR SPEED

Bermula dari ‘need for speed’ itulah Iqbal menglibatkan diri pertama kali pada acara Track Day, Litar Antarabangsa Sepang sekitar 2014. Kereta yang digunakan adalah Proton Savvy 1.3 Turbo yang menggunakan enjin Toyota Starlet.

Anak muda lepasan jurusan Automotif dari TOC Automotive College mengimbas kembali awal permulaan penglibatan dalam empat roda.

“Sejak kecil lagi ayah selalu drive kereta agak laju di kaki kaki bukit Gunung Kinabalu, dengan melalui selekoh yang agak mencabar dan pelbagai rintangan,” jelasnya.

Bermula dari situ, Iqbal mula belajar memandu menggunakan trak pikap Toyota Hilux dan  sudah tahu apa yang diinginkan dalam hidup. 

Tambahnya, penglibatan dalam perlumbaan tidaklah banyak kira-kira 10 penyertaan. Itupun hanyalah acara biasa dan bukannya kategori profesional.

BELUM BERPUAS HATI

Bahkan, Iqbal menjelaskan foto Kancil itu sebenarnya ketika menyertai acara  Super GG Track Day. Penglibatannya dalam acara itu untuk latihan kendiri untuk menajamkan skil pemanduan selain mengikuti kategori ujian masa.

Tambahnya, rekod masa yang diperoleh juga kurang memuaskan kerana kenderaan yang masih standard dan memerlukan lebih banyak modifikasi untuk mendapatkan keputusan yang bagus.

Bagaimanapun, Iqbal sedikitpun tidak berasa kerdil apabila melihat pesaing tampil dengan kenderaan yang lebih terkini. 

“Sebab kita minat dan secara ikhlas memang untuk kepuasan diri ditambah pula modal yang tak berapa tinggi

“Kereta tu asalnya beli untuk ulang alik kerja, sebab Proton Savvy turbo saya belum siap, saya terpaksa menggunakan kenderaan yang ada.

Proton Savvy yang digunakan Iqbal sebelum ini

“Kereta itupun tak banyak ubahsuai, tayar standard semua standard, enjinje rombak semula dan pasang roll cage,” jelasnya. 

Melihat perjalanan hidupnya yang sudah sebati dengan bidang automotif, kami bertanya apakah impiannya?. 

“Impian saya hanya untuk beraksi di litar seperti perlumbaan yang lebih profesional seperti MSF (Malaysia Speed Festival), MCS (Malaysia Championships series) dan jugak event make race yang lain,” jawabnya dan menambah satu hari dia berimpian memiliki pasukan dan kereta lumba sendiri. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here