Pemandu lori dedah gaji RM8k sebulan, ramai pula nak join….

3506

Mungkin sebilangan rakyat tempatan memandang sebelah mata pekerjaan  pemandu lori. Namun, satu perkara yang mereka tidak tahu profesion tersebut sebenarnya mendatangkan hasil yang lumayan. 

Seorang pemandu lori berkongsi pendapatan bulanan yang diperolehnya menerusi akaun Tiktok @madrizz_official. 



Perkongsian itu dilakukan bagi memenuhi permintaan pengikutnya dan video tersebut mendapat lebih 2.6 juta tontonan dan pelbagai komen daripada orang ramai.

Namun rata-rata terkejut selepas mendedahkan pendapatan bersih bulanannya sebanyak RM6,215.66 selepas pemotongan EPF dan KWSP.

“Ok basic RM1,100 dan yang ini over time (kalau kerja hari Ahad atau cuti umum) yang ini pula (komisyen) RM7,463.15 trip. Gaji kasar RM8,883.96.

“Jumlah potong Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) RM774 dan pinjaman selama sebulan RM1,490.20.”

Sememangnya pemandu lori boleh meraih pendapatan antara RM2,500 ke RM8,000 sebulan berdasarkan trip yang mereka lakukan. Cuma apabila bekerja sebagai pemandu  lori memerlukan pengorbanan kerana kebanyakan masa dihabiskan di atas jalan. 

@madrizz_official

Balas kepada @mohdfaizalredzuan bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yg paling byk sy terima 🙏 #fypchallenge #fyppage #fypシ #fyp #fypage #masukberanda

♬ suara asli – rainn – rainn

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqargf

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here