
BMW memanggil balik 575,000 kenderaan berikutan potensi bahaya kebakaran, menurut kenyataan pengeluar kereta premium Jerman itu.
Jurucakap BMW memaklumkan kempen panggil balik global itu melibatkan pelbagai siri kenderaan yang berpunca daripada suis magnetik motor penghidup.
BMW menjelaskan bahawa pemeriksaan produk dan aduan pelanggan mendedahkan masalah melibatkan motor penghidup yang mana berlakunya peningkatan tahap kehausan pada suis magnetik selepas kekerapan menghidupkan enjin yang tinggi.
Akibatnya menyebabkan kenderaan berpotensi sukar atau mustahil untuk dihidupkan. Bahkan, dalam senario terburuk ia berisiko menyebabkan kebakaran pada kenderaan, menurut jurucakap tersebut.






























