Berapa kos penyelenggaraan Perodua Traz? Kami kira untuk anda…

139

Perodua Traz baru saja dilancarkan ke pasaran tempatan menerusi dua pilihan varian pada harga masing-masing RM76,100 (X) dan RM82,00 (H).

SUV segmen-B itu bukan hanya didatangkan dengan enjin cekap tenaga dan ciri keselamatan komprehensif, tetapi ia juga dikeluarkan dengan mengambilkira manfaat ekonomi yang signifikan kepada pembelinya, terutama dari segi kos penyelenggaraan.

Berdasarkan jadual kos perkhidmatan, Perodua memastikan pemilik Traz dapat menikmati kos pemilikan jangka panjang yang rendah.

Kos Penyelenggaraan 5 Tahun (hingga 100,000 km)

Bagi tempoh 5-tahun atau 100,000km, anggaran keseluruhan penyelenggaraan Perodua Traz adalah :

  • Semenanjung Malaysia : RM3,534.80
  • Sabah & Sarawak : RM3,661.66

Kos Penyelenggaraan Tahunan dan Bulanan

Kos perkhidmatan Traz berubah mengikut selang masa servis, dengan servis major yang lebih mahal pada selang waktu tertentu, seperti tahun kedua/40,000km.

Tahun (Selang Servis) Jarak (km) Kos Runcit WM (termasuk cukai) Kos Runcit EM (termasuk cukai) Servis
Tahun 1 (1, 6, 12 bulan) 1,000 10,000 20,000 RM184.70 RM340.41 RM193.00 RM350.71 Servis pertama (1k) adalah yang paling murah.
Tahun 2 (18, 24 bulan) 30,000 40,000 RM256.24 RM437.50 RM264.54 RM452.30 Tahun ini melibatkan servis pada 40,000km yang lebih mahal
Tahun 3 (30, 36 bulan) 50,000 60,000 RM256.24 RM340.41 RM350.71, RM264.54 Servis major pada 50,000km
Tahun 4 (42, 48 bulan) 70,000 80,000 RM256.24 RM437.50 RM264.54 RM452.30 Melibatkan servis yang sama seperti tahun kedua
Tahun 5 (54, 60 bulan) 90,000 100,000 RM256.24, RM769.38 RM264.54 RM804.48 Servis pada 100,000km adalah servis utama terakhir dalam tempoh lima tahun

Komponen Penyelenggaraan Asas

Jadual servis menunjukkan pemeriksaan komprehensif serta penggantian komponen utama yang dilakukan secara berkala melibatkan:

  • Minyak Enjin PEO SN 0W-20 (3.5L) diganti pada setiap selang servis.
  • Penapis minyak enjin, penapis udara, dan penapis kabin diganti pada selang waktu yang ditetapkan.
  • Minyak brek (1.0L), minyak CVT (1.0L) diganti pada selang yang ditetapkan.
  • Palam Pencucuh (jenis Iridium) adalah antara komponen yang diganti.
  • Upah pekerja adalah percuma untuk servis pada 1,000km. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here