
Perodua rasmi melancarkan model kedua serba baharu, Traz menerusi dua pilihan varian iaitu :
- X : RM76,100
- H : RM82,000
Menggunakan kod nama D66B, Traz merupakan model baharu pembakaran dalaman (ICE) yang keempat selepas Axia dan dipasang di bawah Perodua Smart Build (PSB).
Pesaing kepada Honda HR-V dan Proton X50 itu akan mengisi celah pasaran antara Perodua Ativa dan Aruz/Alza.
Bakal mengukuhkan portfolio produk syarikat, kehadiran Traz menyasarkan segmen pembeli RCB/ACB (Repeat Car Buyer/Additional Car Buyer) dengan pendapatan sederhana hingga tinggi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata projek Traz dimulakan pada tahun 2021 dengan nilai pelaburan RM563 juta.
“Sasaran jualan adalah sekitar 1,900 sebulan dan kandungan komponen tempatan lebih daripada 95 peratus apabila bermulanya pemasangan massa pada Disember,” jelasnya ketika majlis Previu Traz di ibu pejabat Perodua Sg Choh, Rawang, pada Sabtu.
Angka kandungan lokal melebihi 95 peratus itu menegaskan upaya Perodua untuk memaksimumkan penglibatan vendor dan komponen tempatan, sejalan dengan tujuan meningkatkan ekosistem automotif.
FAKTA RINGKAS PERODUA TRAZ
- Enjin & Dimensi
SUV segmen-B yang juga pesaing kepada Chery Tiggo Cross itu menggunakan janakuasa yang sama dengan Alza dan Myvi.
Enjin 1.5 liter 2NR-VE DOHC 4-silinder itu menghasilkan kuasa 78kW @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm bersama transmisi D-CVT.
Di atas kertas, Traz menawarkan penggunaan bahan api 21.3km/l dengan tiga mod pemanduan (ECO, Normal, Power).
Kecekapan petrol menjadikan pembiayaan operasi yang rendah. Berdasarkan harga bahan bakar RM1.99 seliter, biaya perjalanan jarak jauh menjimatkan.
Misalnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu (~450km) hanya kurang daripada RM45 degan saiz tangki minyak Traz 42 liter.
Manakala dari segi dimensi, ia sedikit kompak berbanding pesaingnya dengan panjang 4,310mm, lebar (1,770mm) dan tinggi (1,655mm) serta jarak roda 2,620mm.
Sebagai perbandingan Proton X50 lebih panjang 70mm dengan 4,380mm, lebih lebar 25mm (1,795mm) dan lebih rendah 46mm (1,609mm) dan jarak roda 2,600mm (-20mm).
Manakala Chery Tiggo Cross pula memiliki panjang 4,318mm (+8mm), lebar (1,830mm) dan tinggi 1,670mm serta jarak roda 2,610mm.
Jarak kelegaan tanah pula, Traz lebih tinggi 210mm berbanding Proton X50 (196mm) dan Tiggo Cross (207mm). Ini membolehkan SUV berkenaan meredah air banjir mahupun menaiki bahu jalan dengan mudah.
Selain itu, Traz juga menawarkan radius pusingan lebih pendek iaitu 5.2 meter berbanding Proton X50 (5.3 meter) dan Chery Tiggo Cross (5.6 meter).
2. Ciri peralatan luaran dan dalaman
Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, Traz ditawarkan dalam lima pilihan warna asas, dengan dua pilihan dua tona warna eksklusif untuk varian H iaitu :
- Varian H (2 tone) : Glittering Silver dengan bumbung hitam; Electric Blue dengan bumbung hitam
- Varian H dan X : Cranberry Red, Ivory White, Glittering Silver, Granite Grey
































