Utama Berita Automotif 4.9 juta saman JPJ tertunggak bernilai RM1.4 bilion

4.9 juta saman JPJ tertunggak bernilai RM1.4 bilion

210

Sebanyak 4.891 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum diselesaikan oleh orang awam dengan jumlah tunggakan hampir mencecah RM1.4 bilion.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tempoh diskaun 50 peratus saman JPJ bermula 1 November lalu akan berakhir pada 30 Disember ini.

“Setakat ini, hanya 520,000 saman diselesaikan dengan jumlah bayaran kira-kira RM70 juta. Orang awam masih mempunyai kira-kira 14 hari untuk memanfaatkan diskaun saman JPJ sebanyak 50 peratus.

“Kita ada lagi saman tertunggak sebanyak 4.891 juta yang belum diselesaikan oleh orang awam dengan jumlah tunggakan hampir 1.4 bilion,” katanya.

Tambah beliau, kebanyakan saman tertunggak itu melibatkan pesalah yang aktif dan ada juga yang sudah 10 tahun namun masih belum diselesaikan.

Jelasnya, semakan boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ, portal JPJ atau hadir terus ke kaunter JPJ untuk mendapatkan maklumat saman tertunggak. 

“Saman JPJ layak menerima diskaun 50 peratus melibatkan semua jenis kesalahan.

“Jika saman asal RM300, orang ramai hanya perlu bayar RM150,” katanya.

Beliau berkata, mulai 1 Januari 2026, tiada lagi diskaun saman JPJ akan diberikan dan kadar bayaran akan kembali kepada yang asal. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here