
Dalam landskap automotif Malaysia yang sentiasa berkembang, kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak terus menjadi pilihan utama pengguna yang mencari gabungan antara praktikaliti, gaya dan prestasi.
Melihat peluang itu, Chery Auto Malaysia memperkukuh kedudukannya dengan memperkenalkan TIGGO CROSS, sebuah SUV serba boleh yang sebelum ini dipratonton untuk pasaran tempatan.
Jentera ini telah dilancarkan dengan harga dari RM99,800 (1.5L Hibrid CSH) and RM88,800 (1.5 T).
Harga yang tidak masuk akal untuk sebuah jentera dengan memiliki teknologi terkini dengan ciri premium!
Apa yang anda perlu tahu, TIGGO CROSS tampil dengan pakej menyeluruh merangkumi sistem keselamatan canggih, keselesaan serta reka bentuk berani, menjadikannya pilihan ideal bagi masyarakat Malaysia.
Model ini bakal bersaing secara langsung dengan pemain utama segmen seperti Perodua Ativa, namun menawarkan kelebihan tersendiri menerusi teknologi Chery Super Hybrid (CSH).
Untuk pasaran Malaysia, TIGGO CROSS ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu varian Hybrid Electric Vehicle (HEV) dengan gabungan enjin 1.5L dan transmisi DHT serta 1.5T dengan transmisi automatik dual-clutch 6-kelajuan (6DCT).
TIGGO CROSS HYBRID CSH: SUV Kompak Serba Boleh dengan CSH
Jelas sekali, TIGGO CROSS HYBRID CSH HEV menawarkan dimensi yang lebih besar berbanding dengan pesaing-pesaingnya, menjanjikan ruang kabin yang lebih luas dan selesa.
Ini perbezaan dari segi dimensi:
TIGGO CROSS HYBRID CSH menawarkan saiz yang kompetitif dalam segmennya:
- Panjang x Lebar x Tinggi: 4318 x 1830 x 1670 (mm).
- Jarak Roda: 2610 mm.
- Berat (kerb): 1565 kg.
Teknologi Chery Super Hybrid (CSH): Teknologi yang Menjimatkan
Kenapa TIGGO CROSS HYBRID CSH ini mendahului daripada pesaingannya yang lain?
Ini berikutan jentera itu dilengkapi Teknologi Chery Super Hybrid (CSH) adalah platform teknologi hibrid milikan sendiri Chery yang mewakili satu lonjakan besar dalam prestasi, kecekapan, dan keselesaan memandu.
Sistem Chery Super Hybrid (CSH) direka untuk masa depan yang lebih bersih dan cekap. Ia menggabungkan enjin pembakaran dalaman yang berkuasa dengan motor elektrik berkecekapan tinggi serta pengurusan bateri termaju.
Teknologi CSH pada SUV ini mampu menawarkan penjimatan bahan api pada kadar 5.4 liter per 100 kilometer (L/100km), ini menjadikan ia boleh dipandu sejauh 1,000km untuk satu tangki. Dari segi pecutan, 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) mengambil masa 8.9 saat dalam mod Sport.
Enjin hibrid generasi kelima itu juga mempunyai kecekapan terma 44.5% dan menetapkan penanda aras global baharu.
Teknologi Teras Chery Super Hibrid (CSH)
Dibangunkan daripada lebih dua dekad iterasi teknologi dan disokong oleh sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) global yang merangkumi lapan pusat, lebih 300 makmal canggih serta 30,000 tenaga profesional R&D, CSH sedang mentakrifkan semula nilai hibrid.
Teknologi teras yang menyokong CSH termasuk:
Enjin 1.5L Dedicated Hybrid Engine
- Menawarkan kuasa maksimum 96 ps dan tork maksimum 120Nm.
- Kecekapan terma 44.5%.
Transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT)
- Prestasi yang lancar dan responsif dengan pecutan yang berkuasa.
- 150 kW (204 ps) Electronic Motor, tork 310Nm
- Kecekapan Transmisi DHT 98%
Sistem Bateri Beroperasi Tinggi
- Kapasiti bateri 1.8 kWj
- Bateri hibrid telah menjalani ujian ketahanan yang meluas bagi mengurangkan kadar kegagalan melebihi 1,500,000 km.
Sistem Perlindungan Keselamatan Bateri Guardian:
- Memiliki pelbagai lapisan keselamatan dan ketenangan fikiran, terutamanya semasa pemanduan jarak jauh atau beban tinggi.
Keselamatan dan Keselesaan Tanpa Kompromi
TIGGO CROSS HYBRID CSH dilengkapi ciri-ciri keselamatan canggih iaitu ADAS 2.5 termasuk:
- Kamera Panoramik HD 360°: Memberikan pandangan menyeluruh di sekeliling kenderaan.
- 16 Sistem ADAS Pintar: Termasuk Pengesanan Titik Buta (BSD) yang memberi amaran kepada pemandu tentang kenderaan di titik buta.
- Sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB): Berfungsi dengan campur tangan brek kecemasan secara automatik apabila diperlukan.
- Kawalan Lampu Depan Pintar (IHC): Semasa pemanduan malam, sistem melaraskan lampu tinggi dan rendah secara automatik untuk mengelakkan silau kepada lalu lintas dari depan.
- Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW) dan Amaran Penukaran Lorong (LDW): Kedua-duanya berfungsi seiring untuk mengekalkan keselamatan lorong dan meminimumkan risiko pemanduan malam.
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC): Semasa memandu di lebuh raya, ciri ini mengekalkan jarak selamat untuk mengurangkan keletihan.
- Amaran Pelanggaran Belakang (RCW): Membantu mengelakkan potensi bahaya dari belakang.
- Bantuan Penukaran Lorong (LCA): Di jalan berliku, ciri ini memantau lalu lintas di belakang kenderaan dan memberi amaran kepada pemandu dengan isyarat audio-visual untuk memastikan pemotongan selamat.
- 7 beg udara: Menawarkan perlindungan keselamatan pasif yang komprehensif.
Apa yang boleh dikatakan, kemunculan TIGGO CROSS HYBRID CSH dalam pasaran Malaysia ini memperlihatkan satu anjakan positif dalam segmen SUV kompak yang semakin kompetitif.
Secara keseluruhan, TIGGO CROSS HYBRID CSH bukan sekadar sebuah SUV kompak, tetapi satu penyelesaian mobiliti dengan menyeluruh untuk pengguna masa kini yang mahukan lebih daripada sekadar pengangkutan.
Berminat untuk memiliki TIGGO CROSS HYBRID CSH?
Sila layari laman https://www.chery.my/model/tiggo-cross untuk maklumat lanjut dan tempah pandu uji untuk menjadi antara yang pertama merasai SUV yang berbaloi untuk dimiliki ini.