Honda Malaysia 25 TAHUN: Ambil City, HR-V, City 5D & WR-V, ansuran bulanan hanya RM478*

19

Sempena ulang tahun ke-25, Honda Malaysia melancarkan kempen dengan ganjaran luar biasa buat pengguna setia dan pelanggan baharu, bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Kemuncak kempen adalah cabutan bertuah bulanan yang menawarkan hadiah utama sebanyak enam unit kereta* Honda.

Jangan lepaskan peluang keemasan anda kerana dua unit sudahpun dimiliki oleh pemenang bertuah, dan baki empat unit lagi menanti untuk direbuti bulan ini.

Setiap peserta berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta*.

Di samping ganjaran hebat berkenaan, Honda Malaysia turut menawarkan program jualan akhir tahun utama termasuk Program Pembiayaan Step-Up yang menjadikan pemilikan model Honda lebih mudah dan mampu milik.

Program ini sah bagi semua model Honda terpilih dan hanya untuk model 2025. *tertakluk terma dan syarat*

Program Step-Up Financing menawarkan bayaran ansuran bulanan yang sangat rendah untuk tahun pertama, memberikan fleksibiliti kewangan.

Walaupun kempen ini dijalankan dengan kerjasama Public Bank, pelanggan yang memilih pinjaman sewa beli bersama Maybank* berpeluang menikmati bayaran bulanan yang lebih rendah bagi model tertentu (rujuk jadual di bawah).

Model Ansuran Bulanan (Tahun Pertama) – Public Bank Ansuran Bulanan (Tahun Pertama) – Maybank Penjimatan Sebulan
WR-V RM488 RM478 RM10
City RM488 RM478 RM10
City 5D RM488 RM478 RM10
HR-V RM788 RM478 RM310
Civic RM888 RM778 RM110
CR-V RM988 RM878 RM110
 

Nota: Penjimatan RM10 sebulan ditawarkan bagi model WR-V, City dan City 5D. Penjimatan lebih besar ditawarkan untuk model lain seperti HR-V baharu, Civic dan CR-V.

Syarat dan Kelebihan Step-Up Financing

Program berkenaan sah dari 1 Disember hingga 31 Disember 2025 dengan tawaran:

  • Ansuran Bulanan Rendah: Serendah RM478* sebulan untuk tahun pertama
  • Margin Pembiayaan: Sehingga 90 peratus daripada harga atas jalan
  • Tempoh Tetap: Tempoh pinjaman ditetapkan selama 9 tahun sahaja

Berminat untuk menyertai program berkenaan?..mudah sahaja yang mana pemohon yang layak adalah penjawat awam, siswazah baharu profesional dan individu yang bekerja di bawah syarikat MNC dan GLC serta anak syarikat mereka sahaja.

Berikut maklumat lanjut ganjaran yang ditawarkan :

  • Program Kerajaan, ganjaran hingga RM12,500* (GLC, pasangan dan anak; model yang layak City, Civic dan HR-V baharu).
  • Program H2H, ganjaran sehingga RM20,000* (pemilik Honda, pasangan dan anak, ibu bapa, adik beradik dan bahkan pemilik motosikal Honda).
  • Program Naik Taraf Nasional, ganjaran sehingga RM12,500* (pemilik Proton/Perodua yang membeli City, WR-V, City 5D dan HR-V baharu).

Pandu Uji dan Menang!

Selain tawaran pembiayaan yang menarik, pelanggan juga dijemput untuk menyertai kempen “Pandu Uji dan Menang Hadiah Bernilai RM1 Juta* yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki model Honda baharu dengan fleksibiliti kewangan yang hebat serta peluang memenangi hadiah lumayan, terutamanya dengan penjimatan eksklusif melalui Maybank.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here