Pemuda ini 7 bulan kayuh basikal tunai impian ke Mekah

316

Seorang pemuda asal Lampung, Indonesia mencapai impian menjejakkan kaki di Mekah dengan hanya berbasikal. 

Abdul Rahman Yuni Siswanto bermusafir selama tujuh bulan melalui 11 negara sebelum tiba di Arab Saudi.



Pemuda berusia 35 tahun itu mengaku sangat bersyukur mampu ke Tanah Suci walaupun kewangan yang terhad. Pelbagai pengalaman menarik, suka maupun duka yang dilaluinya. 

“Alhamdulillah setelah perjalanan tujuh bulan tiga hari dan melewati 11 negara, akhirnya saya tiba di Masjidil Haram,” katanya. 

Kongsinya, dia memulakan perjalanan sekitar September 2023 dan tiba di Arab Saudi sehari sebelum Ramadan, tepatnya pada 11 Mac lalu. 

“Saya tiba di Arab itu sehari sebelum puasa. Terus lanjut lagi ke Kota Mekah, selepas ba’da Magrib, saya tiba di Masjidil Haram,” jelasnya. 

Setelah melalui perjalanan panjang, Abdul Rahman akan meneruskan kembara di sekitar Timur Tengah sehingga musim haji 1445 Hijriah. 

“Insyaallah sampai musim haji. Sambil menunggu waktu musim haji, saya akan melanjutkan perjalanan ke negara terdekat Arab Saudi, seperti Qatar dan Oman,” kongsinya. 

Dia juga berharap dapat beribadah ke Tanah Suci setiap tahun.

“Harapannya pada momen Ramadan ini, semoga semua amalSeorang pemuda asal Lampung, Indonesia mencapai impian menjejakkan kaki di Mekah dengan hanya berbasikal.  ibadah diterima oleh Allah dan dapat kembali ke sini setiap tahun,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here