“Keadaan Modenas Kriss 110 meruntun jiwa, tiada brek, set cover pecah, terotel tersekat,” Aidil tiba di Mekah selepas 2-bulan bermusafir

695
Setelah dua bulan bermusafir, Muhammad Aidil Nursulhi, 19 yang menunggang Modenas Kriss 110 tiba di Mekah dengan selamat.
 
Sebelum ini, bapa Aidil berkongsi anaknya hampir tidak dapat meneruskan Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah akibat kesihatan yang tidak mengizinkan dan keadaan motor yang tidak begitu baik.
 
Namun,  Aidil tetap meneruskan perjalanan dan ketibaannya di Riyadh disambut pemuda Malaysia yang tinggal di sana.
 
Menerusi perkongsian Facebook Cput Nakal, dia tersentuh hati melihat keadaan Modenas Kriss 110 Aidil yang tiba di atas trak pikap milik lelaki Pakistan yang membantu menunda kapcai tersebut.
 
“Waktu kali pertama lihat motor Aidil, kami hampir jatuh air mata. Keadaan yang serba daif. Saya menjemput masuk ke rumah sambil menunggu Rahmat dan Linda sampai.
 
“Keadaan motor Modenas Kriss yang Aidil tunggang sangat meruntun hati. Tiada brek depan dan belakang, set cover pecah, tongkat diikat dawai ke swing arm, terotel tersekat akibat masuk pasir, cermin sisi pecah, tayar depan bocor dan fork bengkok,” tulisnya.
 
Jelas Cput Nakal, awalnya mereka ingin menjemput Aidil bersama pasangan Mohd Rahmat Mohammed Amin, 38, dan isteri, Nurazlinda Mohamad, 36 sekitar 200km sebelum memasuki Riyadh.
 
Bahkan, dia juga tidak menyangka mereka memilih laluan yang digelarnya gila iaitu lebuhraya lurus terpanjang di dunia.
 
Laluan lurus sejauh 250km itu dikelilingi padang pasir membuatkannya bimbang akan risiko yang bakal dihadapi.
 
“Dalam pukul 10.30 pagi saya mendapat WhatsApp dari Aidil. Motornya rosak dan mereka mencari bengkel terdekat untuk baiki masalah motor. 
 
“Bayangkan, Aidil ride motor tersebut dalam keadaan yang sebegitu. Brake lever depan patah dari Pakistan. Brake belakang habis sejak dari Iran.
 
“Throttle minyak jammed dalam perjalanan menuju Riyadh. Bila dipulas, bergerak side mirror motornya.
 
“Beliau jatuh motor pada malam sebelum melalui lebuhraya lurus tersebut. Rahmat dan Linda lah yang sentiasa ada dan membantu.
 
“Pemijak brake belakang motor Kriss bengkok ke belakang foot rest. Bayangkanlah sendiri,” kongsinya.

BANTU BAIKPULIH KOMPONEN ROSAK

Bagi memastikan Aidil tiba dengan selamat ke destinasi akhir, mereka menghulurkan bantuan dengan membaikpulih komponen yang rosak.
 
Oleh kerana tidak memiliki peralatan membaiki, Cput Nakal membeli set perlengkapan bagi memulakan proses ‘membongkar’ kapcai Modenas berkenaan.
 
“Throttle yang lekat itu kami cuba tengok apa masalah sebenar. Apabila dibuka, rupanya berpunca dari flap karburetor sambungan kabel minyak. Rahmat membuka setiap satu bahagian karburetor dan terus membuat servis. Dicuci setiap bahagian dan kami dapati terdapat pasir terkumpul di dalamnya.
 
“Brake lever yang patah kami gantikan dari part superbike, dah lama bertahun saya beli dan tersimpan. Rupanya brake lever tu rezeki motor Aidil. Tentu sekali saiznya tidak sama, kami ukur dan buat perbandingan dengan tapak asal.
 
“Kami bawa ke kedai basikal dan potong menggunakan mesin. Dua kali kami ke kedai tersebut demi mendapatkan ukuran yang tepat, dan kali kedua itu kami bawak terus motor Aidil ke sana.
 
“Tayar depan yang bocor ditampal, brek belakang juga diservis ala kadar,” jelasnya. 
 
Cput Nakal menyuarakan kebimbangan terhadap Aidil berbanding overlander yang pernah ditemuinya.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here