VMoto TC Max dan CPx PRO lancar ke pasaran tempatan

153

Ni Hsin Group Berhad memperkenalkan motosikal elektrik, VMoto TC Max dan CPx PRO ke pasaran tempatan.

Kedua-dua model berkenaan dipasang tempatan oleh NH EV TECH. TC Max merupakan e-motor cafe racer moden dengan pengendalian dan pecutan yang sesuai dengan kegunaan urban.

Ia dilengkapi dengan bateri litium 3.24kWh berkuasa 5.1kW dan tork 160Nm dengan kelajuan maksimum 95kmj.



Tawaran pengecasan 83 volt mengambil masa 4.5 jam bagi isian bateri penuh dengan jarak perbatuan 92km.

Motosikal elektrik dengan berat 101kg itu memiliki dimensi panjang 1,982mm, lebar (744mm) dan tinggi (1,044mm).

Sementara itu, CPx PRO dilengkapi motor 8 watt dan bateri litium 60 volt dengan kelajuan maksimum 105kmj.  

Kapasiti pengecasan 70.5 volt mengambil masa 3.5 jam bagi isian bateri penuh dengan tawaran perbatuan 220km.

Selain itu, TC Max dan CPx PRO didatangkan dengan pilihan aksesori seperti pannier, siren dan sistem radio. 

Pengarah Urusan NH EV TECH, Khoo Chee Kong berkata pihaknya teruja bekerjasama dengan VMOTO untuk membawa produk elektrik tersebut ke Malaysia.

“Komitmen VMOTO terhadap kualiti, prestasi dan teknologi sejajar dengan nilai dan aspirasi kami. Kami berharap untuk merevolusikan mobiliti bandar dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan pintar,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here