Periksa empat aksesori ini pada kereta anda, jika tak mahu insurans tolak tuntutan

2542

Setiap individu, selera modifikasi mahupun menaik taraf kenderaan adalah berbeza. Penambahan aksesori pada kenderaan tidak salah bagaimanapun perlu diteliti terlebih dahulu.

Tidak semua aksesori yang ditawarkan di pasaran selamat digunakan, ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan terutamanya apabila berlaku kemalangan.

Dan…tahukah anda, ada antara aksesori kenderaan yang dijual di pasaran sebenarnya boleh menyebabkan tuntutan insurans ditolak?. 



Karpet bukan saiz sebenar

Apabila pemilik membeli karpet selepas pasaran perlu mengikut saiz standard keluaran kilang sebelumnya. Ini kerana saiz yang tidak betul boleh menyukarkan atau mengganggu pemandu memijak pedal minyak dan brek yang boleh menyebabkan kemalangan.

BACA>>Kenapa perlu pilih Agree Value semasa beli insurans kereta?

Penutup papan pemuka 

Tambahan pelapik atau penutup papan pemuka sebenarnya boleh mengganggu operasi beg udara sekiranya berlaku kemalangan. Kemungkinan beg udara tidak keluar boleh terjadi dan sekiranya hasil siasatan mendapati puncanya daripada aksesori tambahan itu, kemungkinan tuntutan insurans anda tidak diluluskan adalah tinggi. 

Tambahan tali pinggang keledar

Aksesori ini bukan sahaja boleh menyebabkan pemandu dan penumpang depan boleh terpelanting sekiranya komponen berkenaan tercabut semasa brek kecemasan, bahkan ia boleh menyebabkan pihak insurans menolak tuntutan insurans anda. 

BACA>>Rekod memandu baik 62 tahun, wanita ini terima insurans percuma seumur hidup!

Pelekat stereng

Walaupun nampak cantik, tetapi aksesori ini boleh menyebabkan pemandu tercedera sekiranya beg udara ‘meletup’ apabila terlibat dalam kemalangan. Nampak cantik, tidak bermakna selamat dan praktikal untuk digunakan. 

Setiap aksesori yang ditawarkan di pasaran tidak semestinya praktikal dan selamat digunakan walaupun nampak ‘cute’ dan cantik sekiranya diletakkan pada kenderaan anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda, jangan hanya kerana perkara kecil boleh menganggu proses tuntutan insurans anda apabila berlakunya kemalangan.

BACA>>MKJR: Jangan letak aksesori atas papan pemuka jika tidak mahu ini terjadi

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here