MKJR: Jangan letak aksesori atas papan pemuka jika tidak mahu ini terjadi…

3212

Tentu ramai daripada kita yang suka meletakkan pelbagai objek hiasan pada papan pemuka kereta bukan?.

Ada menghiasai papan pemuka dengan miniatur kereta, pewangi dan aksesori watak komik mahupun kartun serta pelbagai lagi. 



Mungkin objek berkenaan kelihatan comel namun tahukah anda bahawa objek-objek berkenaan sebenarnya boleh menjadi punca kecederaan apabila berlakunya kemalangan?.

Menurut hantaran Facebook Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR), papan pemuka kereta bukanlah “rak perhiasan” untuk meletakkan aksesori. 

“Ini kerana, objek tersebut kebiasaannya diperbuat daripada bahan yang mudah pecah (kaca/ plastik) dan tajam serta tidak dilekatkan secara kekal di papan pemuka yang menjadi punca mudah terpelanting.
 
“Selain itu, meletakkan aksesori/ objek di papan pemuka kenderaan yang mempunyai fungsi beg udara juga akan menyebabkan sistem beg udara gagal berfungsi dengan baik kerana terdapat halangan.”
 
Lebih malang lagi objek di atas papan pemuka akan terpelanting ke arah pemandu dan penumpang dengan kelajuan yang tinggi apabila sistem beg udara terbuka ketika berlakunya kemalangan. 
 

Jangan disebabkan tren atau ingin kelihatan bergaya anda membahayakan diri sendiri.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here