Jurutera di Tesla, anak muda asal Alor Setar ini bukan calang-calang orangnya

1833
Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel tentang bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Fakhirah Khairuddin yang bertugas di syarikat automotif Amerika Syarikat, Tesla.
 
Fakhirah bertugas sebagai Pengajar Latihan Teknikal Kejuruteraan Robotik di Tesla yang mengajar tentang robot FANUC dan Kuka kepada jurutera dan juruteknik.
 
Tesla merupakan Syarikat Paling Diminati (2020) bagi graduan kejuruteraan Amerika Syarikat (AS) dalam pencarian pekerjaan diikuti Space X, Lockheed Martin dan Google.
 
Menjadi syarikat pilihan utama dalam kalangan graduan AS bukan mudah dan persaingan sengit buat Fakhirah. Tentu ramai yang tertanya bagaimana dia menjadi salah seorang anak muda yang bertuah diterima bekerja di Tesla.
 
Rupanya Fakhirah memiliki sokongan pengalaman teknikal yang luas sehingga melayakkan dia menjadi salah seorang tenaga pengajar di Tesla. Ya! Bukan calang-calang orangnya.
 
Sebelum ini Fakhirah bekerja sebagai Jurutera Pembangunan Pendorong di Universiti California yang mana dia menulis tentang kod Matlab yang mengkaji pengaliran haba enjin roket.
 
Anak muda asal Alor Setar, Kedah itu juga merangkul tempat pertama pada Cabaran Sistem Kejuruteraan Northrop Grumman (2019) mengalahkan 50 pasukan lain menerusi projek pembangunan dan program tangan robot.
 
Selain itu, Fakhirah juga menjadi ketua pasukan dan peneraju penyelidikan dan pembangunan Projek Hexacopter dengan Universiti California, San Diego.
 
Jadi, tidak hairan Fakhirah diterima bekerja di syarikat gergasi berkenaan dan diharapkan kejayaannya akan menjadi inspirasi kepada anak muda tempatan.
 
 

SUMBER FOTO: Facebook Fakhirah

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here