Sekumpulan remaja ditahan melepak dan berlumba, kan dah mendapat!

1148

Sekumpulan remaja ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan kerana  berkumpul, berlumba dan melakukan pelbagai aksi berbahaya di sekitar Tanjong Karang dan Sungai Yu, Selangor.

Op Samseng Jalanan yang bermula 9.30 malam sehingga 4 pagi itu dianggotai seorang pegawai dan lima anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.



Pihak polis juga telah memeriksa 18 individu dan 23 saman turut dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 15 pelbagai jenis motosikal.

“Lima kesalahan adalah tiada lesen memandu, diikuti kesalahan lain-lain seperti tidak memakai topi keledar (4), tiada cermin sisi (4), mengubah suai motosikal (4), nombor pendaftaran (4) dan insurans tamat tempoh (2),” katanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli, kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia antara 18 hingga 25 tahun, dan semua kenderaan yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here