Bekas pelajar MRSM, Fakhirah Khairuddin kini bergelar jurutera di Tesla AS

3623

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Fakhirah Khairuddin mendapat perhatian warga maya apabila bergelar jurutera di syarikat automotif Amerika Syarikat, Tesla.

Menerusi perkongsian Dr. Zulkifli Hussain di laman Facebook miliknya, Fakhirah merupakan pelajar kumpulan pertama di MRSM Ulul Albab, Kota Putra.



Setelah tamat pengajian, dia mengikuti pengajian Kejuruteraan Aerospace BS (2019) di Universiti California San Diego di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan kemudian melanjutkan pengajian Kejuruteraan Mekanikal MS tajaan universiti.

Fakhirah kini tinggal di Fremont, California bertugas sebagai Pengajar Latihan Teknikal Kejuruteraan Robotik di Tesla. 

Jelas Zulkifli lagi, penubuhan MRSM Ulul Albab bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bercirikan mukmin profesional.

Selain melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik), mereka turut mencabar pelajar menghafal dan menghayati al-Quran sebagai amalan harian.

Maknanya, kalau pelajar bergelar seorang jurutera pada masa yang sama dalam dada mereka ada al-Quran.

Berbangga dengan pencapaian Fakhirah, dia mendoakan remaja tersebut berjaya menabur bakti walau di manapun dan menyifatkan Fakhirah sebagai salah seorang ‘produk’ MRSM yang membanggakan. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here