Lagi kes tikus gigit wayar Tesla, pemilik ini perlu keluarkan kos baik pulih RM21k

1665

Siapa sangka hanya disebabkan tikus, pemilik ini terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaik pulih kenderaannya. 

Gambar hiasan

Nasib malang itu dialami Sarah William yang berasal dari Manhattan, New York. Dia perlu membelanjakan kos baik pulih sehingga USD5,000 (RM21K) untuk memperbaiki wayar-wayar Tesla Model 3 miliknya akibat gigitan tikus. 

Kenderaan elektrik tahun 2018 itu digunakan untuk perjalanan ke tempat kerja dan dia mula mengesan kerosakan tersebut setelah pendingin hawa tidak berfungsi.



Mengukuhkan lagi andaian apabila sebelumnya dia menemui seekor tikus di bahagian laci papan pemuka.

Sarah yang bekerja sebagai doktor membawa kereta tersebut ke pusat pengedar Tesla. Alangkah terkejutnya apabila haiwan itu mengakibatkan kerugian besar kerana kerosakan yang dialami tidak dilindungi waranti pengilang. 

“Penggunaan bahan ini tidak dianggap sebagai ‘cacat’ dalam reka bentuk. Ini kerana ada terlalu banyak faktor di luar kawalan Tesla. Kami tidak dapat membaiki kerosakan ini melalui jaminan atau baik pulih,” kata Penasihat Perkhidmatan Tesla, Jose Solis.

Namun begitu, Tesla Model 3 miliknya masih belum siap diperbaiki sepenuhnya walaupun sudah hampir dua bulan dihantar ke pusat servis. 

Kebanyakkan pengeluar automotif menggunakan kacang soya berbanding minyak untuk penebat wayar bagi kenderaan baharu kerana lebih murah dan mesra alam sekitar.

Wayar-wayar yang digunakan pada kereta keluaran Tesla juga menggunakan penebat yang disalut kacang soya. Bahkan kes wayar digigit tikus pada kereta Tesla juga meningkat di Amerika Syarikat.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here