Bosan sebab tak dapat tidur, lelaki ini beli Tesla Model 3 pukul 3 pagi!

7030

Kebanyakan individu jika membeli suatu barang dengan harga yang mahal, akan mempertimbangkan semua aspek termasuk waktu pembelian yang sesuai.

Tesla model 3

Namul, hal ini tidak dibuat oleh seorang Youtuber dari Indonesia iaitu Indra Kesuma, yang bertindak membeli sebuah Tesla Model 3 pada pukul 3 pagi.

Pembelian ini dinyatakan menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi miliknya iaitu @indrakenz. Video tersebut memaparkan pemuda berusia 24 tahun tersebut meraikan Model 3 yang baharu dibelinya.



Tesla 3 pagi

Kisah pembelian yang agak ‘pelik’ ini bermula apabila Indra Kesuma menyatakan dia tidak dapat tidur pada pukul 3 pagi. Disebabkan hal tersebut, menerusi telefon pintar, Indra mendapati Tesla tersebut dapat dibeli melalui suatu marketplace.

Dia kemudian membeli Model 3 tersebut dan dibayar secara tunai. EV tersebut kemudian dihantar dan tiba di rumah Indra pada keesokan hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Indra Kesuma (@indrakenz)

Menurut jurujual dari Tesla, pembelian pada pukul 3 pagi yang dilakukan Indra adalah kali pertama berlaku. Model 3 tersebut difahamkan dibeli dengan harga RP1.5 bilion (RM430,857), dan menurut Indra, harga tersebut sangat berpatutan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 163k tontonan, 25k likes dan pelbagai komen dari warganet.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here