Lexus ES250 dan RX300 edisi terhad untuk yang mahukan gaya lebih unik dan eksklusif

1704

Lexus Malaysia mendedahkan edisi terhad dan istimewa untuk dua model terlaris mereka iaitu ES dan RX.

ES250 Limited Edition



Kita mulakan dengan model sedan. Lexus ES250 Limited Edition ditawarkan pada harga RM327,510.50 (atas jalan tanpa insurans).

Ia hadir dengan kemasan kayu buluh pada ruang dalaman seperti pada pintu, papan pemuka, konsol tengah, dan stereng.

Menggunakan falsafah Takumi Craftsman, kemasan ini dipilih secara teliti dari hutan mapan di Kochi, selatan Jepun.

Tiada perubahan pada enjin, ia masih menggunakan unit 2.5-liter empat-silinder, menghasilkan 204hp dan 247Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan, dan kuasa dihantar ke roda depan.

Prestasi adalah 9.1 saat untuk pecutan 0-100km/j, manakala kelajuan maksima 210km/j.

Empat pilihan warna untuk ES250 – Sonic Quartz, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake, dan Deep Blue Mica. Warna dalaman pula boleh dipilih sama ada Topaz atau Black.

RX300 Luxury Special Edition

Sementara itu, Lexus RX300 Luxury Special Edition menjadi penambahan terbaharu kepada varian Premium dan F Sport sedia ada, dan ditawarkan pada harga RM421,909.50 (atas jalan tanpa insurans).

Ia hadir dengan gaya lebih sporti, bampar depan baharu, skirt tepi dan diffuser belakang baharu.

RX300 dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo empat-silinder, cukup untuk 235hp dan 350Nm tork. Kuasa disalurkan ke semua roda melalui transmisi automatik 6-kelajuan.

SUV ini boleh dilengkapi dengan empat pilihan warna iaitu Sonic Quartz, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake dan Red Mica Crystal Shine.

Kedua-dua model terhad ES250 dan RX300 ini mendapat ciri keselamatan terkini iaitu Lexus Safety System + (LSS +). Ini merangkumi Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA) dan Adaptive High-Beam System (AHS).

Tempahan boleh mula dibuat bermula pertengahan bulan ini untuk memastikan anda dapat menikmati harga lebih rendah dengan pengecualian cukai jualan yang diberikan kerajaan.

Semua model Lexus dilindungi oleh jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here