Pejabat Ducati Amerika Utara diserbu oleh pasukan FBI

871

Pada 17 Disember lalu, pasukan FBI telah menyerbu pejabat Ducati Amerika Utara yang terletak di Mountain View, California.

ducati amerika utara

Walaupun tiada keterangan lanjut mengenai serbuan tersebut dari pihak FBI, menurut satu catatan dari Bay Area Riders Forum dan Asphalt & Rubber, serbuan tersebut bertujuan untuk mencari dokumen cukai dan beberapa dokumen yang lain.



Terdapat juga sumber dari Roadracing World yang mengatakan seramai 30 orang ejen FBI lengkap bersenjata melakukan serbuan tersebut. Difahamkan, ketika serbuan hanya dua orang pekerja berada di lokasi berkenaan.

Tambah Asphalt & Rubber, beberapa rumah pekerja pejabat itu turut digeledah, dan berkemungkinan besar, serbuan tersebut mungkin berkaitan dengan siasatan jenayah kewangan.

Pihak FBI kemudian mengesahkan mereka menyerbu pejabat Ducati Amerika Utara, namun masih enggan memberi maklumat terperinci tentang serbuan tersebut.

Ducati Panigale V4 SP

“Saya mengesahkan FBI San Francisco berada di lokasi serbuan pada 17 Desember 2020, untuk melakukan penyelidikan yang dibenarkan oleh pihak mahkamah,” kata jurucakap FBI, Katherine Zackel.

“Sehingga kini, tiada maklumat terperinci didedahkan. Ini kerana siasatan masih dijalankan dan saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut buat masa sekarang,” tambahnya.

“Pihak kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada sebarang soalan dari agensi kerajaan. Sebahagian dari kerjasama itu, pihak Ducati Amerika tidak akan memberikan komen lebih lanjut mengenai serbuan tersebut,” kata pengarah pemasaran Ducati, Phil Read.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here