PKP 2.0: Tunjuk pas kerja, surat pengesahan majikan di SJR

1715

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan, kakitangan dalam sektor dibenarkan beroperasi yang perlu merentas negeri setiap hari atas urusan kerja, hanya perlu menunjukkan surat pengesahan majikan dan pas kerja ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) dijalankan polis.

pkp 2.0

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pihaknya cuba seboleh mungkin untuk membantu memudahkan urusan berkenaan.



“Bagi pekerja terbabit, surat pengesahan majikan boleh dikemukakan kepada anggota kami yang bertugas di SJR. Bagi petugas media pula, saya kira pas media pun memadai,” kata Abdul Hamid.

Abdul Hamid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula di enam negeri, hari ini.

Beliau menjelaskan, SJR yang diadakan terutama di enam negeri dikenakan PKP, bukan bertujuan mencari salah sesiapa.

“Kita faham untuk menimbang antara keperluan menjaga kesihatan dengan menggerakkan ekonomi. Ini tugas yang sukar untuk kita mencari titik tengah. Disebabkan itu, banyak berlaku kekeliruan pada peringkat pertama (PKP) dulu (dalam melaksanakan SJR).

“Kita sudah mempelajari banyak perkara dan pengalaman ditimba, justeru saya berharap banyak kekeliruan yang timbul dulu tidak akan berlaku kali ini,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here