PKP 2.0: 66 individu dikesan lakukan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran

1236

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang masuk hari kelima (semalam), menyaksikan 66 individu dikesan melakukan kesalahan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.

rentas negeri dan daerah
gambar hiasan

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mereka adalah antara 608 individu yang ditahan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP di seluruh negara.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 580 individu dikompaun manakala 27 individu lain ditahan reman manakala seorang diberikan jaminan.



“Antara kesalahan dikesan adalah tidak memakai pelitup muka (200), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (147), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (46), premis beroperasi lebih masa (42), aktiviti pusat hiburan (11) dan lain-lain (96),” kata Ismail Sabri.

Lanjut Ismail Sabri, sebanyak 2,436 pasukan pematuhan membabitkan 11,162 anggota membuat pemantauan di 3,639 pasar raya, 4,882 restoran serta 1,547 penjaja, 1,394 kilang, 3,128 bank dan 537 pejabat kerajaan.

“Sebanyak 909 terminal pengangkutan darat, 283 terminal pengangkutan air serta 91 terminal pengangkutan udara dipantau,” tambahnya.

Beliau berkata, dalam Operasi Benteng, seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong ditahan manakala tujuh kenderaan darat dirampas. Sebanyak 415 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam di seluruh negara bagi mengekang kemasukan PATI.

Katanya, bekalan barangan keperluan juga mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan dan mudah diperoleh.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here