
XPENG Malaysia memperkenalkan program pemilikan MEGA X9 REWARDS, inisiatif masa terhad bertujuan meningkatkan nilai pemilikan keseluruhan XPENG X9, model MPV elektrik pintar flagship bagi jenama itu.
Berlangsung sepanjang bulan Jun 2026, program ini menawarkan faedah pemilikan terpilih bernilai sehingga RM45,000 untuk pelanggan Layak yang membeli XPENG X9 Model Tahun 2025.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan XPENG Malaysia memperkukuh tawaran kenderaan elektrik premium di pasaran tempatan.

XPENG X9 sebagai MPV flagship jenama ini, dibangunkan untuk menggabungkan teknologi mobiliti pintar, prestasi elektrik jarak jauh, dan ruang dalaman fleksibel untuk kegunaan keluarga mahupun eksekutif.
Model ini mengintegrasikan seni bina EV termaju dengan tumpuan kepada kebolehgunaan, keselesaan, dan pengalaman digital, menyasarkan pelanggan yang mencari alternatif premium dalam segmen MPV elektrik.
Model ini menampilkan reka bentuk luaran futuristik dengan Galaxy Light Wing melintangi bahagian hadapan serta struktur badan bergaris arus (streamlined) yang dioptimumkan untuk kecekapan aerodinamik.

Elemen reka bentuk utama termasuk sudut tiang-A 21° dan kecondongan cermin belakang 23°, yang menyumbang kepada pekali seretan ultra-rendah sebanyak 0.236 Cd.
Optimasi aerodinamik ini menyokong kecekapan tenaga lebih baik serta kestabilan pada kelajuan tinggi.
Keupayaan Pemanduan Bandar
XPENG X9 dilengkapi dengan sistem stereng roda belakang sebagai ciri standard, membolehkan jejari putaran minimum sekecil 5.4 meter.
Ciri ini meningkatkan kebolehmanduan di persekitaran bandar, terutamanya di jalan yang sempit dan ketika situasi parkir.
X9 menawarkan susun atur kabin luas yang direka untuk pelbagai senario penggunaan, termasuk perjalanan keluarga dan pengangkutan perniagaan.
Ruang dalamannya menampilkan aturan tempat duduk fleksibel dengan akses satu sentuhan ke barisan ketiga serta fungsi lungsur barisan kedua yang dipanjangkan.
Tempat duduk barisan ketiga menyokong pelarasan lipatan elektrik, membolehkan kapasiti kargo diperluaskan sehingga 2,554 liter apabila diperlukan.
Model ini dilengkapi sistem suspensi udara dwi-kebuk (dual-chamber) yang direka untuk meningkatkan keselesaan pemanduan dan kestabilan merentasi pelbagai keadaan jalan raya.
Sistem ini melaraskan ciri damping secara automatik berdasarkan keadaan pemanduan.
Sistem penyaman udara teragih pula meningkatkan aliran udara kabin, sekali gus mengekalkan keselesaan yang konsisten untuk semua penumpang.
Di bahagian dalam, X9 dilengkapi dengan Skrin Hiburan Penumpang berukuran 21.4 inci dan Skrin Kawalan Sentral 17.3 inci, yang dikuasakan set cip Qualcomm 8295P serta sistem operasi XOS XPENG, membolehkan interaksi berbilang skrin dan fungsi ketersambungan termaju.
Dibina berasaskan platform voltan tinggi 800V Silikon Karbida (SiC), XPENG X9 menyokong keupayaan pengecasan ultra-pantas.
Anda boleh mengecas dengan pantas dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa kurang daripada 20 minit, menjadikan hentian pengecasan singkat dan cekap.
Bagi memastikan keselamatan sel bateri, sistem ini menggunakan 5 kawasan kawalan pintar, perlindungan voltan tinggi, jaminan kualiti, kawalan bencana, dan kebolehpercayaan mekanikal, serta 6 dimensi reka bentuk keselamatan.
Pendekatan ini meningkatkan perlindungan keselamatan sistem bagi memastikan tiada pembauran haba (no heat diffusion) dan tiada penyebaran haba berlaku pada bateri.
XPENG X9 menampilkan struktur badan berkekuatan tinggi dengan komponen tuangan acuan (die-cast) bersepadu yang direka untuk meningkatkan ketegangan dan prestasi keselamatan.
Kenderaan ini dilengkapi dengan pelbagai beg udara dan sistem penderia termaju untuk menyokong pengesanan perlanggaran serta perlindungan penumpang.
Struktur badan kenderaan ini juga dikaji sedia untuk mengoptimumkan kecekapan berat di samping meningkatkan ketegangan kilasan (torsional rigidity).

Perincian Program MEGA X9 REWARDS
Untuk menyokong pelancaran program pemilikan ini, XPENG Malaysia menawarkan ganjaran MEGA X9 REWARDS bagi kenderaan XPENG X9 Model Tahun 2025 terpilih yang tersedia sepanjang bulan Jun 2026.
Pelanggan yang layak bakal menerima faedah pemilikan bernilai sehingga RM45,000, termasuk:
- Rebat tunai sebanyak RM20,000
- Sokongan perlindungan insurans sehingga RM10,000
- Kotak pengecas dinding rumah (home charging wallbox) percuma bernilai RM5,000
- Keistimewaan armada korporat (corporate fleet privileges) bernilai RM10,000 untuk syarikat dan profesional yang layak, tertakluk kepada pengesahan

Nota: Program ini tersedia sehingga 30 Jun 2026, tertakluk kepada ketersediaan stok serta terma dan syarat.
Sebagai model flagship dalam rangkaian kenderaan XPENG Malaysia, X9 terus melambangkan visi jenama ini terhadap mobiliti masa hadapan — sebuah visi menyatukan teknologi pintar, keselesaan premium, dan kepraktisan harian dengan lancar.
Program MEGA X9 REWARDS ini menyediakan peluang keemasan bagi bakal pemilik untuk merasai sendiri kehebatan XPENG X9, di samping menikmati faedah pemilikan tambahan sepanjang tempoh promosi ini.





























