PKP 2.0: Hanya 1,596 kenderaan lulus permohonan rentas daerah selepas empat hari

1215

Sebanyak 1,596 buah kenderaan diluluskan permohonan rentas daerah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka, sepanjang empat hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula Rabu lalu.

permohonan rentas daerah

Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Lalli Masduki, kesemua yang diberikan kelulusan telah mengemukakan dokumen atau sebab yang kukuh termasuk atas urusan kerja, pendidikan dan kecemasan.



“Bermula semalam, kita telah menjalankan penguatkuasaan rentas daerah dengan lebih tegas membabitkan pemeriksaan di kesemua 15 sekatan jalan raya (SJR) tetap di negeri ini dan 11 SJR bergerak (mobile),” kata Shahrul.

Mengulas lanjut, Shahrul memberitahu, sehingga semalam sebanyak 17,392 buah kenderaan telah diperiksa dengan 74 daripadanya diarahkan berpatah balik.

Mereka diarahkan berpatah balik selepas gagal menemukan dokumen kebenaran merentas daerah dan memberikan alasan yang tidak dikategorikan sebagai kecemasan, termasuk ingin menziarahi saudara-mara.

Bagaimanapun, berbanding pada hari pertama pelaksanaan PKP 2.0, masyarakat kini dilihat lebih matang dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan apabila tiada kompaun membabitkan kesalahan rentas daerah dikeluarkan sejak hari kedua.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here