PKP 2.0 di enam negeri – PM

1689

Seperti dijangka umum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya diumum hari ini, melibatkan enam negeri di Malaysia.

Perkara ini diumumkan sebentar tadi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. PKP 2.0 ini akan berlangsung selama 14 hari bermula tengah malam ini, Rabu jam 12:01, hingga 26 Januari 2021.



Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

“Kedua, PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Manakala, ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam Perutusan Khas Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang disiarkan secara langsung.

Menurutnya, negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Katanya, KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here