Enam kenderaan diarah berpatah balik selepas cubaan merentas masuk ke Kelantan

1107

Terdapat enam pemilik kenderaan diarah berpatah balik selepas cubaan merentas masuk ke Kelantan kerana masih belum lengkap vaksinasi semasa diperiksa pada sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 9 Sungai Lebey, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Perkara itu penting dalam usaha bagi mengelakkan penularan jangkitan kepada keluarga atau pesakit kronik sekiranya yang belum divaksin merupakan pembawa jangkitan Covid-19.



BACA>>Rentas Negeri: Cuti panjang hujung minggu ini, dijangka 4 juta kenderaan guna lebuh raya

BACA>>Rentas Negeri: Tak lengkap vaksin, sekeluarga diarah patah balik cuba nasib masuk Kelantan

“Pemandu kenderaan ini mencuba nasib untuk pulang ke Kelantan, namun tidak bernasib baik semasa pemeriksaan di SJR apabila gagal menunjukkan pengesahan sudah lengkap divaksinasi.

“Mereka kemudiannya diarahkan berpatah balik dan tidak dibenarkan merentas negeri,” kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid 

Secara umum sedia maklum, syarat utama untuk melakukan rentas daerah adalah lengkap vaksinasi dan dinasihatkan agar menangguhkan hasrat untuk pulang ke kampung sebelum menerima vaksinasi lengkap.

Sementara itu, kenderaan bergerak perlahan dalam jarak 1.5 kilometer (KM) dari SJR di KM 9 Sungai Lebey di mana pemeriksaan secara teliti dijalankan petugas SJR ke atas pemandu dan penumpang kenderaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here