Penduduk Canberra berkurung dalam rumah, tiga ekor kanggaru bersiar di bandar sunyi sepi

1338

Kanggaru merupakan haiwan yang begitu sinonim dengan Australia dan secara tradisi seekor kanggaru mendiami kawasan belukar dan hutan. Bagaimanapun, kewujudan manusia membuatkan haiwan berkenaan menyesuaikan diri dengan habitat lain.

Ini yang terjadi di bandar Canberra, Australia apabila penduduk duduk diam di dalam rumah kerana perintah berkurung manakala kanggaru pula berkeliaran di tengah bandar.



Rakaman yang dimuat naik di Tiktok itu memamaparkan sekumpulan kanggaru mengambil alih bandar Canberra ketika penduduk berkurung di rumah.

“Akibat perintah berkurung di Canberra, bandar ini menjadi milik kanggaru sekarang,” tulis kapsyen video terbabit.

BACA>>Monyet ambil alih jalan raya Lopburi, punca trafik sesak beberapa minit

BACA>>[Video] Monyet kantoi curi nombor plat Saga merah kali ke-7

Video itu menunjukkan tiga ekor kanggaru berkeliaran di sebuah jalan raya yang sunyi sepi dan berhenti seketika memandang sekeliling. Mungkin mereka sendiripun pelik ke mana hilangnya semua manusia.

Canberra memiliki lebih 30 rizab alam semulajadi yang mana kebanyakannya memelihara beratus-ratus kanggaru jenis ‘Eastern Grey’ dan dikatakan populasi kanggaru di Australia lebih daripada 2 kali ganda populasi manusia di benua tersebut.

@umairrehmat

Kangaroo 🦘 Canberra Civic Center 🤪🤪#australia #kangaroo

♬ All TikTok Mashup (JVKE – Upside Down) – JVKE 🌩

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here