Misteri van atas bumbung hentian bas, orang ramai ingat teknik pemasaran rupanya…

1116

Penduduk Plounéventer terkejut apabila melihat sebuah van putih ‘muncul’ di atas bumbung perhentian bas di sebuah bandar di wilayah Brittany, Perancis.

Orang ramai yang menggunakan perhentian bas Place de l’Eglise tersebut berkongsi beberapa gambar di Facebook sehingga menjadi tular.

“Ia adalah kejadian misteri. Kami tahu siapa pemilik kenderaan itu, namun tidak tahu bagaimana dan mengapa ia berada di situ,” kata seorang penduduk.

Rata rata orang ramai yang berteka-teki tentang kejadian tersebut berpendapat ia karya seni moden atau salah satu cara pemasaran yang unik.

Jom Baca:   Suami layankan isteri mengidam bau tar jalan

Selama hampir seminggu misteri van di atas bumbung hentias bas itu, media Perancis melaporkan ‘misteri’ berkenaan berjaya diselesaikan. Kejadian itu tiada kaitan dengan pengaruh alkohol seperti yang dikatakan orang ramai. 

Ia disebabkan ‘persengketaan perniagaan’ antara pemilik van dengan suspek. Akibat berang, suspek dikatakan sengaja meletakkan van tersebut di atas bumbung perhentian bas itu menggunakan sebuah trak palet.

Kedua-dua suspek dan pemilik van itu dipanggil untuk disoal siasat dan berkemungkinan berdepan dengan dakwaan membahayakan orang ramai.

VIDEO

BACA>>Suami layankan isteri mengidam bau tar jalan

Jom Baca:   #TahukahAnda: Penyaman udara hypercar Bugatti boleh sejukkan sebuah apartmen

BACA>>174 kenderaan klasik penuh debu milik ahli perniagaan misteri dilelong

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here