Netizen sindir bergambar dengan Axia, Iqbal kata nak beli kereta RM 1 juta minggu nipun boleh angkat sebiji!

4993

Ahmad Iqbal Zulkefli, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida terus menjadi perhatian warga maya apabila ramai mempertikaikan kenderaan yang dimilikinya.

Ahmad Iqbal di akaun Instagram miliknya berkongsi tentang kisah individu mempersoalkan kekayaannya gara gara bergambar dengan sebuah Perodua Axia.



Malah tidak kurang juga yang memerli mampu membeli jam tangan berharga lebih setengah juta ringgit, tetapi hanya pakai kereta biasa-biasa sahaja. Bagaimanapun, menerusi ruangan komen Iqbal membidas semula sindiran berkenaan.

BACA>>Dahulu tunggang kapcai dan sewa kereta kini mampu beli Ford Mustang

BACA>>Ibu mengandung 19 tahun nak supercar Lamborghini, akhirnya suami tunaikan janji

“Bukan Myvi, ini Axia. Hina sangatkah Axia? Kalau saya nak beli kereta jutaan ringgit, minggu depan boleh beli,” tulisnya di ruangan komen.

“Untuk pengetahuan semua, saya bukan peminat kereta. Saya tidak suka kereta ‘sport’ yang berbunyi bising. Memandu pun saya tidak gemar.

Iqbal menjelaskan dia lebih meminati jenama kereta seperti Bentley, Rolls Royce atau Cadillac serta menegaskan sekiranya dia ingin membeli kenderaan berharga sejuta ringgit minggu depan juga dia boleh dapatkan. 

“Tetapi untuk kereta nilai RM 1 juta, jika saya mahu, minggu depan saya boleh beli terus.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here