Ibu mengandung 19 tahun nak supercar Lamborghini, akhirnya suami tunaikan janji

2577

Sebelum ini pemilik akaun TikTok, Anes Ayuni atau Yunie pernah tular di media sosial kerana membeli dua buah Toyota Alphard bernilai RM600,000 secara tunai.

Pengasas produk kecantikan yang kini mengandung anak pertama itu tular sekali lagi, gara-gara mengidam sebuah Lamborghini. 



Dalam video tersebut Yunie, 19 meminta suaminya Ahmad Weldan membeli supercar berkenaan bagaimanapun permintaannya tidak ditunaikan.

Namun, video terkini yang mendapat lebih 1 juta tontonan memaparkan suaminya memberi kejutan dengan menunaikan permintaan tersebut.

Difahamkan suaminya sudah lama membeli Lamborghini kuning tersebut tetapi proses penghantaran mengambil masa yang lama. 

Dalam video tersebut, dia yang gembira memeluk suaminya dan sempat berseloroh akhirnya bayi yang dikandung dapat apa yang dimahukan sambil mengusap perutnya. 

Majoriti netizen meninggalkan pelbagai komen, ada yang menganggap sebagai rezeki ibu mengandung malah tidak kurang juga yang mengecam menyatakan ia hanya kereta sewa sebahagian daripada pemasaran.

“Is this said, kita yang tumpang rezeki anak bukan anak yang tumpang rezeki kita.”

“plot twist: diorang sewa je.”

@ayunieso24

eeee suami yuni ni Sampai hati ! Alhamdulillah rezeki 6 bulan berniaga 🤲🏻

♬ original sound – ayunieso

BACA>>Umur 18 tahun, beli dua buah MPV Alphard RM600,000 tunai

BACA>>Sempoi pakai selipar, suami pemalu hadiah Mazda 3 buat isteri sempena ulang tahun

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here